Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menafikan bahawa beliau singgah ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan bola sepak piala dunia.
Katanya beliau hanya berada di Abu Dhabi sebagai salah satu wakil Malaysia di majlis permeteraian perjanjian antara PETRONAS Abu Dhabi Sdn Bhd dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).